Monday 7 October 2013

INSPECTION KUARTERS BERHANTU

Sebagai jurukur bangunan yang berkaliber, kerja-kerja men'inspect' bangunan ni memang kira kepakaran aku la kan. Pastu nak inspect ko ingat boleh pilih-pilih je mana yang kita rase berkenaan, baru pergi. Takde nyer jah, once dapat surat mintak pertolongan, bos ko akan minit untuk buat pemeriksaan. Tak kira la kat hujung dunia ke kayo kalau claim TNT nih, rumah tu dah tinggal rangka ke, rumah dah naik taraf jadi shopping mall ke (tu merayap lain dah tu....). Ko tetap kene pergi....

So, tugasan last week. Aku kena buat pemeriksaan kat Kuarters Institut Pendidikan yang terletak kat Taman Tas. Sehari sebelum pemergian kitorang, teknisyen aku dah sound bagitau yang tempat ni agak serreeemmmmm..... Apalagi....sesi mengugel pun bermula.

Ni adalah hasil-hasil pengugelan kat kuarters tu

http://www.bharian.com.my/articles/Eksklusif_Kuartershantu/Article/

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=542077 
Mengikut thread dalam forum ni, ada kejadian bunuh di mana mayat tersebut disembunyikan dalam salah satu unit kat kuarters ni. Mayat yang dijumpai pun dah mula mereput mase diorang find out. Tu pun sebab diorang nak cari punca bau busuk.

Kira femes la kuarters ni..... ko gugel jer, berderet keluar cerita.

Dengan suara ala-ala Kiah Propa, aku pun memanggil-manggil teknisyen aku untuk baca hasil-hasil penemuan aku. Ni aku aku selitkan dialog kitorang lepas bace kat forum tu.

                Teknisyen aku: Macamane ni puan? Esok kita tangkap gambar dari dalam kereta je la

                Aku : Tapi dia nak suh kita buat estimate kan untuk pembaikan

                Teknisyen aku : Eh tak (muka konfiden). Dia nak tengok gambar kerosakan je

               Aku: Eh....yeke..? Kalau macam tu ok lah. Kita tak payah turun dari kereta. Snap-snap
                        gambar, then kita blah (dengan muka ala-ala  Malik)

Aku dah plan dalam hati, balik je nanti nak tuka baju & mandi siap-siap sebab tak nak anak aku yang kecik Nampak aku bawak apa-apa yang tidak diingini.

Tiba pada hari kejadian, dimulai dengan T.A aku infom teknisyen aku tayar kereta pancit. So, kene gerak lambat sikit.... pentanda-petanda la tu. Bila korum dah cukup (total kami termasuk driver 5 orang) start bergerak ke kuarters tersebut. Sambil-sambil tu driver tu lagi nak mengayat cerita-cerita seram pasal kuarters tu. Aku memang tak lepas baca selawat syifa' mohon dijauhkan dari segala bencana yang tidak diingini. Kat kepala otak terbayang gambar ni hasil pengugelan.

                                                    ni gambar dari Berita Harian
                                               (scaryyyyyyyyyyyyyyyy............................)

Selawat syifa' memang tak putus. Kitorang berpesan sesame kitorang untuk tidak bergalak-galak seperti selalunya dan menjaga semua percakapan dan tingkah laku.

Bila sampai kat pagar, aku dah start nampak kepulan asap nipis.... Hah sudah.....kegilaan apakah ini..???  Masuk je perkarangan, ooooo tukang kebun (bangla) tengah bakar daun-daun kering. Aku konfiden bangla tu tak tau sejarah kuarters ni. Tak pun diorang ni memang hati kering asal dapat carik nafkah.

Tapi sebenarnya aku lega. Kuarters tu tak lah seburuk yang didakwa. Ni ha gambar terbaru





Kuarters ni ada 4 blok. 2 daripadanya dihuni oleh 4 keluarga. Kira 1 blok, 2 keluarga. Secara basic, kuarters ni masih diselenggara. Rumput dipotong, daun-daun kering dibersihkan. Cuma yang mana unit-unit yang dah ditinggal lama nampak jelas kemerosotonnya.

Perasaan aku aku tenang je mase buat pemeriksaan ni. Takde la seram sejuk ke hape. Alhamdulillah. Apa pun, aku harap pihak yang bakal menyewa kuarters ini (akan dibaiki dan disewa oleh pihak swasta) akan memelihara asset-asset kerajaan ini dengan baik.

Sebagai panduan sebelum menjalankan pemeriksaan bangunan, korang musti bersedia iaitu:

1) Cari maklumat berkenaan bangunan tersebut - system fail, internet
2) Kenalpasti tujuan utama pemeriksaan - untuk baikpulih? keselamatan? naiktaraf?
3) Jangan tengok cerita hantu - nanti teringat-teringat terutama bila inspect bangunan tinggal
4) Bawak Surah Yasin .....hehehe (ni pun ingatan dari Kak Sal) tq Kak

Bestkan jadi Jurukur Bangunan ni......... ;p




2 comments:

  1. Hahaha.....akak tak buh gambar dlm umah....laaaaagiiii bessstttt

    ReplyDelete