Saturday 9 November 2013

ADAKAH KITA PERLUKAN SUPPLIMEN?


Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini. 

Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Multivitamin penting untuk tubuh

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Peminum alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

 
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.  

Artikel kredit http://pama.karangkraf.com/famili/adakah-kita-perlukan-suplemen-1.106427

Friday 8 November 2013

SAAT CINTA PANDANG PERTAMA

 Aku berkenalan dengan Shaklee dalam 1  1/2 yang dulu. Mase tu selalu tgk kawan-kawan sharing set berpantang Shaklee. Hati tak terbukak pun sebab ingatkan Shaklee mahal dan aku lebih percaya pada jamu-jamu (walhal anak pertama, jamu x habis makan pun). So, untuk anak kedua aku tetap pilih jamu (semestinya upgrade la dari jamu dulu)

Anak pertama aku Alhamdulillah tak kena demam kuning. Set kat kepala, anak kedua pun tentulah tak kena. Lagi-lagi untuk anak kedua ni aku amalkan minum susu kambing ketika mengandung untuk kurangkan risiko kena kuning. Tapi kuasa Allah melebihi segalanya, anak kedua dilahirkan dengan usus terbelit dan aku mengalami 2nd degree tear.

Berpantang hanya dengan suami ditemankan seorang sepupu yang cuti semester ditambah anak sulung yang ketika itu baru berumur 2 tahun. Aku rasa penat dan letih. jamu tak boleh makan sebab anak kuning. Pengalaman sembelit masa anak pertama lagilah buat rasa takut untuk membuang yang besar.

Aku mesti cepat baik. Mesti cepat sihat untuk jaga keluarga. Ini memang azam aku sebab suami cuma cuti 7 hari. Dalam keadaan macam tu aku contact kawan yang merupakan SID untuk ambik trial pack. Mase tu fikir nak temporary sebab hati kuat nak makan jamu berpantang tu.

Baru dua minggu consume Set Berpantang Shaklee, badan dah rasa segar sgt. Jahitan pada luka dah baik. Aku dah boleh memasak untuk keluarga. Buat kek untuk celebrate anniversary,memang sihat sangatlah.

Bila jururawat masyarakat datang rumah untuk pemeriksaan, dia kate suka tengok aku sebab nampak sihat dan tak pucat. Masa tu aku fikir biase je sebab happy dapat baby girl. Kawan-kawan ofis yang datang melawat pun semua kate muka aku bersih je, tak de pun macam orang baru bersalin. Tapi aku masih tak rase Shaklee memberi sumbangan.

Habis trial pack aku terus order untuk full Pack and amik yang Premium Set punyer sebab rasa badan sihat dan segar. Lagipun aku breastfeed anak, kira memang menyumbang kepada produktiviti susu aku tu (anak pertama memang pengeluaran agak sadis).

Kira lepas dua bulan aku bersalin, Hari Raya Aidilfitri. Bila berkumpul kat rumah mak, riuhnyer tak yah cakap lah. Lagi-lagi aku ni keturunan jawa, memang havoc la. Tiba-tiba abang aku yang kaki mengutuk aku sound

Abang: Eh, apsal ko nampak macam cerah sikit ni pastu nampak kurus sikit

Aku : (sambil tersengih-sengih) mana de, same je la. Cerah sebab aku tak keluar rumah kut

Abang: Eh tak... nampak bersih je kulit ko

Laki aku : (tahan tekak nak muntah)

Haaa.....mase tu aku tak tau pun yang ESP aku telan hari-hari tu menyumbang untuk kulit lagi glowing. Kesian betul kat aku ni. Tu la dulu kawan aku consult aku tak hadam betul-betul. Fikir nak cepat sihat je.

Lepas almost 2 years baru aku perasan yang Shaklee ni membantu aku untuk lebih sihat dan cantik.

Dan sebab tu la kenapa baru sekarang aku terjebak untuk jadi salah seorang Independent Distributor dia.

Ni gambar masa raya kejadian perasan itu berlaku



Ni pulak aku time mengandung (baru 2 bulan) huk huk huk





Korang ada pengalaman macam aku? Boleh la sharing2 kat sini

Korang nak rasa pengalaman aku?

contact aku

islah 019-2711767