Monday 23 September 2013

CITA-CITAKU MENJADI JURUKUR BANGUNAN?

Ni soalan wajib (masuk dalam buku rekod) dulu-dulu

Cikgu : Apa cita-cita awak bila besar nanti?

Murid 1: Cita-cita saya nak jadi doktor
Murid 2:Cita-cita jadi cikgu
Murid 3: Cita-cita saya nak jadi askar

Aku: Cita-cita saya nak jadi Jurukur Bangunan cikgu

Hah..... bedaah sangat la kan. Takde maknanya aku tau kewujudan kerjaya jurukur bangunan ni. Cita-cita aku dulu nak jadi Prime Minister like Benazir Bhutto (ni aku tak tipu. Kalau korang tak pecaya leh check kat guru kelas aku mase darjah 6 nama dia Cikgu Rohaidah Jaudin)

Cut the story short. Macamana aku boleh terjebak jadi jurukur bangunan ni.

Masa result SPM aku tak berapa nak gempak dan aku sememangnya tak apply untuk matrikulasi, abang ipar aku cadangkan ambik course Diploma in Building kat UiTM dan Alhamdulillah aku dapat that course even aku takde idea lansung pasal course ni.Padahal aku ni minat benda biologi camtu....(tipikal budak pompuan kot).

Sekali rupa-rupanya course ni is technical course. Means ko kena belajar land survey, drawing (pelan), constructions tah hape kejadah lagi la..... Kalau aku tau cenggini baik aku masuk kelas kejuruteraan mase form 4 & 5...waaaaaaaaaaaaaaaaa......Dengan rotring set, T-square hapekejadah semua aku tak tau.....

Mase Part 5, kene praktikal. Disebabkan aku hebat, aku praktikal dengan company yang renovate bangunan ni



Mase praktikal ni lah brader (site engineer) tu hasut aku suruh sambung degree in Building Survey atas alasan bila tanah semua dah abih orang duk develop, sape pulak nak menten bangunan-bangunan tu semua? Tu la starting point untuk aku mensurvey-survey berkenaan building survey.

Habis diploma, aku keje 6 bulan as assistant quantity surveyor then further degree in building survey. Tapi lepas degree tu aku tak keje direct as BS sebab market tak banyak lagi untuk graduate BS. Kalau ada pun, alasan utama nak orang lelaki..... huh...!!!!

Terima kasih kepada Dato Seri Sammy Vellu sebab membuka peluang untuk graduate BS cam aku untuk Berjasa Kepada Rakyat

Friday 20 September 2013

UNTUK SUAMIKU

Suamiku
Makannya perlu dihidang
Air minum perlu diletak
Masak kena ikut tekak
Kari jangan pekat
Tumis cili api
Sambal pedas memang tak boleh elak

Suamiku
Bajunya bajuku digosok
Kain kotor semua dibasuh
Asal kosong ampaian
Semua pun dia sidai

Suamiku
Jangan disangka pendiam
Garangnya tak terlawan

Suamiku
Bersamanya syurgaku
Sentiasa memujuk & mendamai aku
Semoga sentiasa meredhaiku
Walau selalu aku menyakiti hatimu

CERITA REZEKI

Disuruh solat dhuha - kata tak sempat
Disuruh bangun tahajud malam - kata tido sampai terbabas
Disuruh mengaji - kata kejap2 la lagi
Disuruh pasang cd zikir - ala nanti tak tau lagu terkini

Bila Allah bagi kurang rezeki - baru tau merungut sana-sini
Berhempas-pulas cari rezeki
Padahal Allah dah janji
Banyak doa, banyak minta padaNya pasti diberi
Lambat atau cepat tunggu jelah nanti...
Yang penting yakin dan serah hati
Hanya pada Illahi

Ni tuju kat diri sendri
Makin sombong pada Allah makin kuranglah rezeki tu nanti

LANGIT KITA

 
Aku terlalu mendongak ke atas
Tengok langit aku biru takde awan
Langit sana hujan lebat,
Rumput pun hijau sihat,

Rumput aku kering,
Aku hanya harap hujan rahmat,
Sedangkan air di kolam tunggu ditimba,
Aku tetap tengok langit sana,....

 Saudara ku disini,
Tangan menadah tanda syukur,
Walau tanpa rumput,
Walau tanpa kolam,
Hanya sekadar langit biru
Itu pun tetap dia memuji yg Satu

Thursday 19 September 2013

JKR ADA JAWATAN JURUKUR BANGUNAN?

Mana nak stat eh........

Payah gak ni tapi kene celen kat diri untuk jawab persoalan ini.

Ya....JKR kini ada post BS dan aku adalah edisi ke2 pengambilan BS iaitu pada Ogos 2008. BS dalam JKR ni bawah skim J ye kawan-kawan. Skim J dalam SPA ni untuk geng-geng gangster yang hebat teknikal. So, di bawah Skim J ni kalau kat JKR selain BS adalah orang-orang yang hebat iaitu:

1) Jurutera Awam             (2+++)
2) Jurutera Mekanikal       (4++)
3) Jurutera Elektrikal        (3++)
4) Arkitek                          (3++)
5) Jurukur Bahan               (4++)
6)Jurukur Bangunan          (4+)

Nampak tak betapa minoritinya BS kat JKR ni. but, dun wori...everything would be fine ape kejadah merepek pulak ni.....

Minoriti sebab BS adalah post yang paling junior kat JKR dan jangan terkejut sebab ramai kawan-kawan JKR sendiri tak tau pun kewujudan kami dan tak tau pun wujudnya Jurukur Bangunan kat dunia ni...Nampak tak? Nampak tak?

Sejarah tertubuhnya BS kat JKR ni adalah disebabkan Menteri Kerjaraya ketika itu iaitu Datuk Seri S Samy Vellu mahu setiap bangunan kerajaan diperiksa selepas siap dibina untuk memastikan semua spesifikasi dan skop kerja dipatuhi kontraktor serta subkontraktor mengikut perjanjian.

Selain itu, beliau mahu JKR melalui BS berfungsi sebagai jabatan pusat di bawah kementeriannya untuk memastikan tahap penyelenggaraan yang mantap dikekalkan dengan mengenakan denda dalam bentuk surcaj terhadap kontraktor jika tanggungjawab diabaikan.

Untuk artikel lanjut http://www.kkr.gov.my/en/node/3427 disiarkan di Berita Harian pada 12/06/2007.

Tapi kat JKR ni bukan semudah tu je kerja BS ni.......ade banyyyyyaaaaaakkkkkk lagi. Ni baru intro ni.... digest dulu ye.

oh ye, untuk adik-adik yang akan menghadiri temuduga untuk pengambilan BS di UiTM, Good Luck hoccay. Dun wori, lecturer-lecturer BS ni semua baik-baik dan sempoi-sempoi.

MAGIC 2 : OMEGA GUARD

Show tv paling favourite aku selain rancangan masak-masak (mak-mak sangat kan) is The Drs kat channel LI 728. tu la cita-cita nak jd doctor pastu ko malas spm dpt teruk. Bagi yang tak pernah tgk show ni, aku cadangkan korang tgk ler. Byk info pasal kesihatan yg dia akan cerita dengan sgt mudah difahami.

ni aku paste website dia http://www.thedoctorstv.com/

Paling terkesan masa aku tgh layan tu keluar cerita pasal Omega 3 atau dikenali gak dengan nama asid lemak. Kepentingan Omega 3 dan dia ada kata, kalau doctor ni boleh wajibkan orang ambik supplimen, memang diorang akan paksa amik Omega 3.

Antara kepentingan dia (yang adalah turning point kenapa aku consume Omega Guard) mengurangkan risiko serangan Strok. Kenapa aku takut sangat dgn Strok?

1) Arwah mak tiri aku meninggal sebab Strok
2) Abang kpd abang ipar (merupakan majistret yang handle case inkues Teoh Beng Hock) kena serangan Strok.

Selain tu ni kronologi penyakit dalam family aku

1) Arwah embah, arwah wak, arwah paman and now mak aku pesakit buah pinggang
2) Abang ipar aku sakit Gout

Bila this thing happen to our related family, barulah kita rasa tersentak...... I need to do something. Anak aku kecik-kecik lagi oiiiii......Laki aku muda lagi habaq ang. So aku kena la jaga kesihatan untuk menjaga family kecik aku ni.

Inilah dia.....kegilaan aku buat masa ini


Bila aku consume benda alah ni, barulah tau yang dia ni ade saka.Saka dia akan menyebabkan

  • Kulit korang licin dan pinkish gitu
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Omega 3 dapat mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  • Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  • Membantu menyihatkan paru-paru
  • Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  • Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE  (lupus erythematosus)
  • Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  • Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi
  • Mencegah penyakit gout
 
 
Mencegah lebih baik dari mengubatikan. Dah sakit, nak tak nak ko kene makan ubat. Supplimen2 ni semua mase tu just membantu penyakit itu dari getting worst.
 
So korang kalau nak sharing2 cerita dgn aku, boleh komen kat sini, nak wassap ke, takde charge pun untuk tanya supplimen apa yang terbaik untuk korang. Semua aku layan dengan ikhlas hati sbb aku pun sama-sama sedang berusaha untuk kesihatan yang kebih baik.
 
SMS? Wassap?
0192711767
 

Sunday 15 September 2013

MAGIC 1: ESP

Sebenornya aku tgh lipat kain ni tp tetibe ilham dtg pulak....kejap ye kain... Kejap je

Aritu aku g bengkel. Hari khamis to be pricise. Kwn aku (ade la 3 bln x jumpa) tanya aku pakai pencuci muka ape? (soalan ni mmg dlm dilema kalau aku nak jwb) sebab:
1) kalau aku promot shaklee takut dia kate sbb aku jual
2) aku belum pakai lg set muka shaklee (so takut lari dr soklan)

Jawapan aku, aku pakai eucerin yg boleh dpt kt guardian ke, watson ker sbb aku share dgn cik abg yg sgt sensitip kulit dia

Yg sebenarnya... Aku consume ni ha



Nama ic: ENERGIZING SOY PROTEIN
Nama manja: ESP

Ok, ok. Ramai ckp soya tak bagus. Kamon, do your research.... Cari perbezaan antara GMO foods dgn non GMO. Ni psl GMO http://en.m.wikipedia.org/wiki/Genetically_modified_food

Yg banyyyaaaaaakkkkkk tak bagus tu yg telah diGMOkan (cikgu2 BM, ampunkan saya...). Soya yg dah mengalami perubahan secara genetik. Ha bace ni http://en.m.wikipedia.org/wiki/Genetically_modified_soybean

Yg ni pasal ESP shaklee http://access.myshaklee.com/us/en/about_organic_vs_nongmo.html

It doesn't mean yg aku ni obses kt ESP but i think it's better dari consume yang tengah berlambak kt pasaran yg mostly contain L-glutathione (aku dah try jugak hoccay tp x jd mende pon kt aku..) yg sah2 xde kelulusan KKM (mengamuk la reseller2 produk ni kt aku)

Perlu diingat yg ESP ni ade side effects. Ni antaranya
* muka jadi glowing & kulit x kering
* membantu menghilangkan parut jerawat; parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel mati (laki aku x minum sbb x lalu susu...so korang tgk je la beza aku dgn dia)
* ESP memberikan tenaga, menjadikan badan sihat, cergas dan kurang letih
* ESP membantu untuk kuruskan badan, cepat kenyang (tp kalau ko mentekedarah mcm sebulan tak jumpa makanan, tak jd gak jah)
* ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu untuk ibu menyusu, sebagai milkbooster (yg ini memang betul2 kejadian sbb aku rase sendri even waktu puasa)
* ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
*ESP menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara anda

dan ko ready je jah....byk lg yg best....

Minat? Nak try? Meh email, sms, wassap
islah_nur@yahoo.com
0192711767

Wednesday 11 September 2013

Jurukur Bangunan? Amender tu?

Saje je aku buh tajuk tu kasik gempak.... Nak promot apa sebenarnya kerja aku ni.

Siapa islah hashim?
Lawya kah? Doktor kah?
Apa!!!
Jurukur Bangunan???
Pantang tokh nhenhek aku bermenantukan Jurukur Bangunan....

Wahhh gitu.... Dahsyat jah imiginasi ko.

So ape sebenornya keje aku ni. Ni sedutan dari www.rism.org.my


A Building Surveyor offers specialist services on matters relating to building and property development such as project and construction management, maintenance and repair of building, refurbishment and restoration of old properties, building law and regulation, demolition works and property development. A competent Building Surveyor is expected to manage, organise, supervise, monitor, evaluate, and coordinate every aspect of building and development work and act as a vital link in the project between all affiliated professions such as architects, engineers, planners and builders. Besides that, Building Surveyors also provide liaison and consultation services aith public and local authorities for the client.


Ko paham tak jah? Simple analogy macam ni

Orang sakit = jumpa doktor. Doktor bagi nasihat, bagi ubat ( untuk tujuan mengubati/mengurangi sakit)
Bangunan sakit = jumpa la jurukur bangunan atau nama manjanye BS (building surveyor)....barulah glemer... So BS akan bg nasihat, bagi cadangan pembaikan (untuk tujuan pemuliharaan bangunan/naiktaraf/lupus terus). 

Ni secara basic je. If ikut mcm petikan kat atas tu, banyak lagi kegunaan BS ni yang akan aku kupas sesempoi yang mungkin.

So, jangan ler tekujat kalau tetiba anak korang bercita-cita nak jadi Jurukur Bangunan...

BELOG BARU

Belog baru maaa..... Sebagai seorang wanita yang suka semuanya serba baru, dari beg, kasut, tudung, baju, ha ni la dia blog baru....ko mampu?

Jangan tanya mane blog lame aku ( ala yg x matured tu)  telah aku bakul sampahkan sebab musabab yg tak dapat aku nak elak. Padahal ko malukan dgn name blog tahapeape.

Dengan penuh azam dan semangat sebagai seorang yang sentiasa bizi, aku mulakan pembelogan ini dengan lafaz Bismillah. Dengan izin Allah aku akan hapdet belog ini dengan info pasal kerjaya aku (sharing tentang maintenance bangunan berdasarkan ilmu & pengalaman aku yang x seberapa) dan passion aku yang terbaru, "SHAKLEE " hoo yeaahhhhh...!!!!