Thursday 17 October 2013

KALAU AKU WAHM......... (edited @ 11.21pm)

Aku ber EL hari ni....Letih oooooo

Kuantan - Rawang - Kuala Selangor - Sabak Bernam - Kuantan

Lagi-lagi ko adalah pihak yang duduk dibelakang sambil ngorok (ingat duduk je 5 jam tak penat?)
Apa-apa pun terima kasih kepada encik suami yang drive tanpa emo bilamana hanya dia seorang yang berjaga dalam tempoh 4 jam perjalanan tersebut.

Disebabkan kelelehan itu aku hanya mampu menungkapkan kepada sang suami yang aku EL hari ni.Tujuan murni aku nak setelkan umah yang dah macam kene serangan rejim basyar. Hari ni juga aku belajar untuk menjadi WAHM kecil-kecilan. WAHM tu ape?

WAHM = Works At Home Mum
 
So,tadi setelkan order untuk Shaklee. Syukur aku mempunyai mak bisnes yang hebat. Dialah yang bantu aku untuk mengorder kat HQ tu.Aku harap Shaklee bukak la cawangan kat Kuantan ni.....payah ooo......

Imaginasi aku, hari ni aku sepatutnya mengemas rumah dan mengemop. Aku juga kene kemas stor dan asing barang-barang yang aku nak let go murah-murah. Pastu aku nak lipat semua baju-baju yang dah tinggi sikit dari bukit Broga.Nak kemas dan mop semua bilik-bilik yang terlibat. Menyusun rapi semua barang-barang yang mana perlu dan tak perlu.

                                      senangnyer jadi WHAM ni.......huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Nampaknya aku seorang pengimaginasi tegar. Jam dah pukul 11pagi. Nampaknya aku bukan WAHM yang produktif....Aku dah terbiasa keja opis yang berdeadline. Dengan itu, untuk hari ni (next time tak tau lagi) aku memutuskan untuk setia berkhidmat pada rakyat Malaysia. Aku tak cukup hebat untuk menjadi WAHM. Maka aku akan terus berbakti pada JKR sampai aku boleh menjadi seorang WAHM yang betul-betul produktif.

Ini adalah edit version. Jam dah ke angka 11.23pm. Dah malam bai. Lenguh kaki, sakit belakang tak hilang lagi.Padahal dari banyak-banyak yang aku imagine nak buat tu, aku takat buat mengemas & mengemop. tu pon kat living room & master bedroom. Cuci pinggan-mangkuk dan periuk belanga yang banyak tu pastu masak untuk dinner. Tu je pun. Kain-kain yang nak dilipat dah upgrade setinggi Gunung Kinabalu tapi dia punya tahap penat......Pehhhhh....lain macam.....

Ikut hati memang banyak betul yang aku nak buat. Kalau betul-betul aku nak mengilatkan rumah aku, aku kena amik cuti sebulan la kut. Tu pun dengan syarat anak-anak kena anta ke pengasuh.....
Jadi.....masih beranggapan kerja di rumah itu mudah? Lagi-lagi zaman sekarang ni yang mana kebanyakan surirumah masing-masing ada small business yang run dari rumah. Memang diorang power.

Tahniah kepada ibu-ibu dan juga WAHM. Doakan saya untuk mampu kuat seperti anda semua. Anda semua sememangnya OSEMMMMM.....!!!!!

Monday 7 October 2013

INSPECTION KUARTERS BERHANTU

Sebagai jurukur bangunan yang berkaliber, kerja-kerja men'inspect' bangunan ni memang kira kepakaran aku la kan. Pastu nak inspect ko ingat boleh pilih-pilih je mana yang kita rase berkenaan, baru pergi. Takde nyer jah, once dapat surat mintak pertolongan, bos ko akan minit untuk buat pemeriksaan. Tak kira la kat hujung dunia ke kayo kalau claim TNT nih, rumah tu dah tinggal rangka ke, rumah dah naik taraf jadi shopping mall ke (tu merayap lain dah tu....). Ko tetap kene pergi....

So, tugasan last week. Aku kena buat pemeriksaan kat Kuarters Institut Pendidikan yang terletak kat Taman Tas. Sehari sebelum pemergian kitorang, teknisyen aku dah sound bagitau yang tempat ni agak serreeemmmmm..... Apalagi....sesi mengugel pun bermula.

Ni adalah hasil-hasil pengugelan kat kuarters tu

http://www.bharian.com.my/articles/Eksklusif_Kuartershantu/Article/

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=542077 
Mengikut thread dalam forum ni, ada kejadian bunuh di mana mayat tersebut disembunyikan dalam salah satu unit kat kuarters ni. Mayat yang dijumpai pun dah mula mereput mase diorang find out. Tu pun sebab diorang nak cari punca bau busuk.

Kira femes la kuarters ni..... ko gugel jer, berderet keluar cerita.

Dengan suara ala-ala Kiah Propa, aku pun memanggil-manggil teknisyen aku untuk baca hasil-hasil penemuan aku. Ni aku aku selitkan dialog kitorang lepas bace kat forum tu.

                Teknisyen aku: Macamane ni puan? Esok kita tangkap gambar dari dalam kereta je la

                Aku : Tapi dia nak suh kita buat estimate kan untuk pembaikan

                Teknisyen aku : Eh tak (muka konfiden). Dia nak tengok gambar kerosakan je

               Aku: Eh....yeke..? Kalau macam tu ok lah. Kita tak payah turun dari kereta. Snap-snap
                        gambar, then kita blah (dengan muka ala-ala  Malik)

Aku dah plan dalam hati, balik je nanti nak tuka baju & mandi siap-siap sebab tak nak anak aku yang kecik Nampak aku bawak apa-apa yang tidak diingini.

Tiba pada hari kejadian, dimulai dengan T.A aku infom teknisyen aku tayar kereta pancit. So, kene gerak lambat sikit.... pentanda-petanda la tu. Bila korum dah cukup (total kami termasuk driver 5 orang) start bergerak ke kuarters tersebut. Sambil-sambil tu driver tu lagi nak mengayat cerita-cerita seram pasal kuarters tu. Aku memang tak lepas baca selawat syifa' mohon dijauhkan dari segala bencana yang tidak diingini. Kat kepala otak terbayang gambar ni hasil pengugelan.

                                                    ni gambar dari Berita Harian
                                               (scaryyyyyyyyyyyyyyyy............................)

Selawat syifa' memang tak putus. Kitorang berpesan sesame kitorang untuk tidak bergalak-galak seperti selalunya dan menjaga semua percakapan dan tingkah laku.

Bila sampai kat pagar, aku dah start nampak kepulan asap nipis.... Hah sudah.....kegilaan apakah ini..???  Masuk je perkarangan, ooooo tukang kebun (bangla) tengah bakar daun-daun kering. Aku konfiden bangla tu tak tau sejarah kuarters ni. Tak pun diorang ni memang hati kering asal dapat carik nafkah.

Tapi sebenarnya aku lega. Kuarters tu tak lah seburuk yang didakwa. Ni ha gambar terbaru





Kuarters ni ada 4 blok. 2 daripadanya dihuni oleh 4 keluarga. Kira 1 blok, 2 keluarga. Secara basic, kuarters ni masih diselenggara. Rumput dipotong, daun-daun kering dibersihkan. Cuma yang mana unit-unit yang dah ditinggal lama nampak jelas kemerosotonnya.

Perasaan aku aku tenang je mase buat pemeriksaan ni. Takde la seram sejuk ke hape. Alhamdulillah. Apa pun, aku harap pihak yang bakal menyewa kuarters ini (akan dibaiki dan disewa oleh pihak swasta) akan memelihara asset-asset kerajaan ini dengan baik.

Sebagai panduan sebelum menjalankan pemeriksaan bangunan, korang musti bersedia iaitu:

1) Cari maklumat berkenaan bangunan tersebut - system fail, internet
2) Kenalpasti tujuan utama pemeriksaan - untuk baikpulih? keselamatan? naiktaraf?
3) Jangan tengok cerita hantu - nanti teringat-teringat terutama bila inspect bangunan tinggal
4) Bawak Surah Yasin .....hehehe (ni pun ingatan dari Kak Sal) tq Kak

Bestkan jadi Jurukur Bangunan ni......... ;p




Thursday 3 October 2013

MAGIC 3: BEAUTY WITHOUT PAIN

Selalu tak dengar bila orang cakap

" nak cantik kena la sakit"
" tahan la sikit sakit tu...kate nak cantik...."

bla...bla...bla...(yang membawa erti serupa)

Orang perempuan memang obses untuk cantik.  Aku adalah wanita biasa yang sangat teruja bila ada produk-produk yang claim boleh mencantikkan diri dalam masa 2,3 hari. Tapi terkadang kekangan wang dan masa membuatkan kita tak mampu untuk memiliki kulit sehalus porselin atau pinggang saiz Scarlett Johansson.

                                                            pinggang dia secekak aku jer........

Sempena bulan Oktober ni, Shaklee ade buat promotion yang baaeeekkkkkk punyer. Khas untuk orang dah stat berkedut-kedut kecik cam aku ni. Promo bulan ini adalah Colagen Powder


Toksah terbeliak sangat la tengok rega tu....beg ribu-ribu pun takde hal..... ni kan pulak untuk cantik dan sihat. Jangan risau, harga masih boleh runding. Asal korang tak segan je untuk tanya aku.

Kolagen sana, kolagen sini, sampai vitagen pun keluarkan air dia yang berkolagen. Hebat no kolagen ni......

                                                         less sugar lagi you.......

Apa fungsi kolagen ni sebenarnya kat badan kita?

1) Kolagen ni menghasilkan ASID AMINO yang sangat-sangat badan kita perlukan iaitu:

    - LYSIN, PROLIN DAN GLYSIN = diperlukan tubuh secara khusus untuk bina struktur tisu
      penyokong dan kawal fungsi sel
    - HYDROXYPROLIN = untuk kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin
    - ALANIN, PROLIN DAN ASPARAGIN = stabilkan struktur kulit, melembap, menegang, 
       menganjal seterusnya mengekalkan kulit yang cantik sekaligus menghalang penuaan.
    - ARGANIN =  tidur yang nyenyak

2) Mengawal metabolisme tubuh

3) Melindungi tulang rawan daripada kerosakan oksidatif.

4) Meningkatkan penerapan kalsium

5) Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit

6) Untuk kualiti rambut dan kuku yang lebih baik


" Ala kolagen Shaklee ni mahal berdentum... brand XYZ tu murah je..... same je dua-dua kolagen jugak"

Bukan korang je fikir camtu, aku pun sama. Tapi bila aku dah celik I.T. ni, mengugel ke sana- ke mari, ni sebab dia kenapa kolagen Shaklee ni mahal (pada pandangan mata kasar)

1) 4,000 mg proprietary Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) - berkualiti tinggi dan tulen

2) Ditambah tujuh (7) bahan utama iaitu
    * Ekstrak biji benih Camellia Japonica - berfungsi menggalakkan pengeluaran kolagen dan asid    
       hyaluronic
    * Ekstrak Pfaffia -
           = system imun
           = system kardiovaskular
           = system reproductive
           = mengurangkan kolesterol
           = mengurangkan symptom-symptom PMS dan menopaus
           = Anemia dan kepenatan
           = Mempunyai properties anti kanser
     * Kolagen ikan
     * Ekstrak kerang-kerangan
           = Memperbaiki kesihatan kardiovaskular
           = Merendahkan kolestrol jahat
           = Memperbaiki fungsi kognitif
           = Kulit, rambut dan kuku yang lebih sihat
           = Menambahkan kekuatan sendi dan tulang
           = Untuk system imun badan yang lebih baik
     * Lactobacillus Acidophilus - ejen probiotik
     * Vitamin C
     * Vitamin B

Untuk makluman, kolagen ni boleh juga didapati dari sumber-sumber lain iaitu

1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Selain dari sumber tumbuhan, sila kofimkan dari manakah asal kolagen yang murah tu.... kalau dah was-was, silalah beralih ke sumber yang memang konfim halal. Kolagen Shaklee disahkan halal okay. So, sila consume tanpa syak wasangka.

Untuk pertanyaan (nak spesel price), saje-saje nak berkongsi maklumat @ cerita

sms/watsapp
0192711767
SID: 910780




                                              

Wednesday 2 October 2013

ALLAH KAN ADA......

Saat macam ni, airmata tu jadi murah sgt. Hati membuak-buak, dada rase nak pecah. Yang setia mendengar dan menemani, hanya Satu. Dah tepahat di hati time-time macam ni. Allah kan ada.........

Terkadang rasa usaha tak berbaloi, diberi madu dibalas tuba. Hati merintih....takpe.... Allah kan ada........

Jangan terkejut bila orang rapat dengan kita biasanya adalah orang yang akan meremukkan hati, mensiakan segala usaha,menjatuhkan segala tugu harapan dan berusaha untuk buat kita kecundang. Jangan sedih......Allah kan ada.....

Orang berjaya adalah orang yang tidak kenal putus asa, sentiasa mengesat airmata untuk jelaskan misi dan hati dipenuhi cinta. Sentiasa Allah dalam jiwa